mana ada senyum
bila pisau, besi, jarum
dan api memasang parut
pada lengan kanan
dan darah yang memancut
keluar takkan cukup untuk
membayar air mata yang banyak.
kerana yang pasti, ada lega menemani
walau sampai temulang parut ini
menjalar liar maha ghairah
dan barangkali itu memadai untuk
sekeping alpa pada khilaf lama.
Fatahul Nizam
28 XI 2014
Padang Nenas

