25 Apr 2012

Memori-memori TESL Yang Di-Noirkan #2

Pertama kali kaki aku dengan deria sentuhannya beralaskan kasut kulit merasai lantai BB05. MPI020 1B. Kelas aku. Kawan baru, semua baru. Tiada satu makhluk yang aku kenal dan tiada satu pun buatkan aku berkenan untuk berkenalan.

Masing-masing aku rasa macam ada dunia sendiri, berdasarkan pengalama-pengalaman yang tercalit menjadi rojak dalam hipotalamus aku. Aku yakin, lepas sebulan lebih sekali pun, mesti tiada siapa pun yang aku kenal dan berminat untuk jadikan kawan.

Nah. Ironi. Petang tu, takdir yang tersusun cantik itu mula masuk akal. "Fatahul Nizam, awak class rep bagi kelas awak. Okay?"



Fatahul Nizam

Gadis Muda

Gadis muda.
Dia duduk di bangku menghadap tasik yang airnya keruh. Gemalai angin meniup celahan pohon, berdesir seketika bunyi alam di sekelilingnya. Dia menyentuh pipi lembutnya, membetulkan kaca mata, tudung disempurnakan kemasannya. Tampak cantik pada kewanitaannya biar dia seorang muda.

Benarkan dia duduk lama di bangku itu, keseorangan, tanpa perlu ada kekasih hati. Mahkota terindah seorang gadis muda bukanlah untuk dimiliki seorang lelaki. Duduknya dia sendiri di atas bangku itu, adalah tanda dia berharga diri dan hati.

21 Apr 2012

Memori-memori TESL Yang Di-Noirkan #1

Duduk menghadap laptop sambil Detroit oleh Gorillaz dimainkan. Tiada mood lain selain dari rasa gembira menenangkan kisah-kisah lama memori yang aku sengaja kuncikan untuk sementara.

Kisah pertama ini, ialah kisah betapa rasa meluat itu pekat sewaktu minggu MDS yang letih dan pilu bagaikan dunia ini meludah pada segala siswa siswi di bumi Lendu.

Detroit berhenti. Shytown bermain. Selak muka surat kedua, itulah saat aku rasa betapa program Asasi ni sangatlah bosan dan penuh dengan kejemuan yang infinite. Setiap saat aku pulang ke kamar bilik Lekiu 1206, berharap agar waktu itu berkejaran dengan pantas.

Terdiam aku atas katil, merenung siling putih sambil berimaginasi. Monolog seketika,

"Aku benci Asasi ni. Aku nak belajar pandai-pandai, dan buat hal sendiri."


Fatahul Nizam.

18 Apr 2012

Biru

Salju yang penuh rintang itu berhenti
lalu berbungalah isi alam.
Tanda kita pernah layu dan mati,
namun hati mekar saat disiram.

Nyanyian biru.
Biru itu duka.
Biru itu tangis.
Itulah kasih yang mengapung
awan gemawan di bibir langit.

"Dipayung selangit,
dibeza tempatnya. Kerana
kita bala, lalu kutinggalkanmu."

Ku sembunyi di balik
rasa gerun dan ketar temulangku.
Betapa perpisahan itu bagai
jalan maut yang terlentang
di sepanjang laluan cinta.

Tiada kata yang menenangkanku.
Biarkan hidup ini berdrama.
Kelak tirai terlabuh jua.

"Ku dilahirkan dan bertemu
kamu. Diutus sebentuk cinta
untuk disarung hingga mati."

Hatiku kaku dipeluk rasa biru.
Ku tutup mata, hilanglah kau selamanya.



Fatahul Nizam
18 IV 2012
Bilik


*sajak ini terilham dari bait bait bunyi merdu lagu Big Bang. Puitis liriknya.

4 Apr 2012

I Come Here

The night is so dark. He walks along the route, listens to the night sounds – the crows, the barks, the crickets. Now, he is standing in front of the house. The door is the only barrier between he and she.

“Knock-knock”. Twice.

The door is opened by a young lady. She looks shocked with the presence of the man. Her expression suddenly changes from unemotional (behind the door, maybe she looks different, in other word, I don’t know her feeling) to offensively angry towards him.

“Why you come here?! I don’t like you. I had killed you in my memory. Why you come here? Why?! I’m not willing to see you. I haxte you!”

Her brother unexpectedly comes and pushes the guy in front of the door. Then the another brother comes and kicks him. The girl, standing at the door and keep shrieking at him. The elder brother says, “you are not allowed to come here. You are not accepted in this family!”


With blood floods from his mouth and nose, the guy slowly says

“I’m sorry. This is tough for me. I’ve been walking for months. From the unforgivable gloomiest place, finished the miles of full of regret, and today I come here….


….just to see you smile.”



Fatahul Nizam
4 IV 2012
Room

1 Apr 2012

Viva

Ini hanya mimpi buruk
dari realiti yang separuh kabur.
Kisah para pencinta syahid,
pelaung takbir terunggul.

Berlarilah mengejar peluru-
peluru. Jangan dikira berapa
butir yang tertembus, kepala
yang terpijak, dan darah yang
tertumpah.

Kerana lindungan Tuhan itu,
tiada angka yang mampu
capainya.

 Bersabarlah.
Ini hanya mimpi buruk.
Dan kelak saat kalian terjaga,
terjagalah di syurga.



Fatahul Nizam
1 IV 2012
Bilik