2 Apr 2015

mati

pagi ini darah memancut keluar lagi
dan jiwa ini meronta ronta untuk mati
tambah peritnya ia adalah kau tidak di sini
maka dipinta ialah matiku usah diratapi
kerana kelak jiwa ini diusung pergi
bukanlah endahmu yang memikul nanti
dan sakitnya aku nanti dibawa sekali
hingga di kuburan pun parut itu di hati
harap hilang aku tidak berguna ditangisi
harap musnah aku tidak berguna diambil duli
saat bernafas menagih simpati, hinanya diri ini
harap bila mati bukan lagi beban si bidadari


fatahul nizam
padang nenas
2 iv 2015